✏ Bayi mati didera di perhentian bas ☞ UTUSAN MALAYSIA 21/8/2010



Mayat bayi lelaki dengan kesan lebam di badan ditinggalkan di perhentian bas Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, semalam. – BERNAMA

REMBAU 20 Ogos – Entah di mana hilangnya nilai kemanusiaan apabila ada yang tergamak mendera bayinya sehingga mati sebelum meninggalkannya di kawasan awam.
Begitu nasib malang menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui oleh beberapa pelajar sekolah di bangku sebuah perhentian bas di Kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, dekat sini, hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi yang ditemui kira-kira pukul 6 pagi itu dalam keadaan berbalut dengan kain, dipercayai mati didera ekoran mempunyai kesan lebam di beberapa bahagian anggota badan.
Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayi yang berusia 10 hingga 12 bulan tersebut.

Menurut pengawal keselamatan, Mohamad Som Adlan, 62, dia dimaklumkan tentang penemuan mayat bayi itu oleh pelajar-pelajar berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
“Mereka memaklumkan menemui satu bungkusan di perhentian bas berkenaan. Apabila saya hampiri, saya sangka bungkusan berkenaan adalah buah cempedak tetapi apabila diperhatikan betul-betul, saya mula berasa curiga.

“Saya kemudian memanggil beberapa penduduk kampung dan apabila membuka bungkusan itu saya terkejut kerana ia mengandungi mayat seorang bayi lelaki,” katanya di sini, hari ini.
Jelasnya lagi, bayi itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut dengan tuala serta kain batik.

Tambahnya, selepas mendapati bayi berkenaan sudah tidak bernyawa lagi, para penduduk segera menghubungi pihak polis.

Dalam pada itu Mizan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ada kesan lebam pada bahagian kepala, mata, kedua-dua belah pipi dan juga di bahagian belakang bayi itu.


“Kita percaya bayi yang dijumpai itu adalah rakyat tempatan dan berketurunan Melayu,” jelasnya.
Mizan berkata, pihak polis juga sedang menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mencari identiti sebenar mangsa dan penjaga bayi berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Rembau di talian 06-6852222 atau 06-6851999 bagi membantu siasatan.

“Saya juga merayu kepada klinik swasta terdekat sekiranya memberi rawatan kepada bayi dalam lingkungan 10 hingga 12 bulan seperti demam atau terjatuh dalam tempoh terdekat ini supaya menghubungi segera pihak polis,” jelasnya.

Menurutnya, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja‘afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

nota noti : sian bb nih kene dera n buang. dh mati, takot lak org yg dera tuh agaknye.. tu yg trus buang. ape la nk jd.. hari2 ade je yg buang bb. (╥_╥)

Comments

  1. mintak2 org yang buang tu kena hukum mati..

    ReplyDelete
  2. aah, kan! cepat2 la jumpe sape yg buang n dera tuh..

    ReplyDelete
  3. aduuuh,nampak montel dan comel baby tu kan..mengong tul orang2 ni lah..

    ReplyDelete
  4. hm.. apa nk jd la dorang nie.. x fikir...

    my recent post:
    peninggalan nabi s.a.w

    ReplyDelete
  5. tk ada peri kemanusian langsung..budak kecik camtu blh dera...=(

    ReplyDelete
  6. anymz> sehat je bdn die kan.. sanggup dera tuh..
    zairie> manusia dh x mcm manusia dek..
    syue> mmg kijam!
    syamila> kan! tah la.. napsu amarah melampau..

    ReplyDelete
  7. aduhai...semakin menjadi2 skang, anak x berdosa jadi mangsa.

    ReplyDelete
  8. benci betul la bila denga crita2 gini :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen jee... jgn takot. ahakzzz

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KOLAJ ANJURAN PERPUSTAKAAN JPS 24/3/2017

HAPPY 13TH ANNIVERSARY