✏ Pelajar perempuan didakwa sembunyi kelahiran ✿ MYMETRO 23/8/2010 ✿

MELAKA: Mahkamah Majistret di sini hari ini bersidang di sebuah wad di Hospital Melaka untuk prosiding mendakwa seorang pelajar perempuan yang sedang menerima rawatan, atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat seorang bayi lelaki secara sulit.
Pelajar berusia 21 tahun dari sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini, didakwa melakukan kesalahan itu dalam tandas perempuan Wad Kecemasan Hospital Melaka antara jam 2.30 pagi dan 3 pagi pada 17 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Majistret Mohd Fairuz Johari menetapkan 23 September ini untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latif dan Haslinda Abu Bakar.-Bernama

nota noti : hukum jgn x hukum.. (◣_◢)

Comments

  1. da cnfirm2 slh..tak ngaku lg? ish3~

    ReplyDelete
  2. kan! dh sah2 bukti ade.. x mo ngaku lak tuh..

    ReplyDelete
  3. sebat aje kedua2 tu,
    biar rase skit..
    senang2 je nk buat maksiat..
    x tau la ape nak jd skrg ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen jee... jgn takot. ahakzzz

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KOLAJ ANJURAN PERPUSTAKAAN JPS 24/3/2017

HAPPY 13TH ANNIVERSARY