SAHABAT

22 August 2010

✏ Polis buru suspek tinggalkan bayi di pondok bas ✵ MINGGUAN MALAYSIA 22/8/2010 ✵

REMBAU 21 Ogos - Polis masih memburu suspek yang meninggalkan mayat seorang bayi lelaki berusia setahun di sebuah perhentian bas di Kilometer 14 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, semalam.


Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, sehingga kini belum ada pihak tampil untuk menyalurkan maklumat bagi siasatan kes itu.

"Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan memburu suspek yang meninggalkan bayi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi semalam, seorang bayi lelaki dipercayai mangsa dera ditemui beberapa pelajar sekolah di bangku sebuah perhentian bas di Kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, dekat sini.

Kata Mizan, jenazah bayi itu sudah dibedah siasat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian bayi malang itu akan diterima dalam tempoh terdekat.
Jelas beliau, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6852222 atau tampil di balai polis berhampiran.

nota noti : arap2 cecepat la dpt tangkap sape yg dera & buang baby tuh.. (◣_◢)

No comments:

Post a Comment

Komen jee... jgn takot. ahakzzz