'Saya tak maafkan suami' -kesinambungan drpd berita smlm/BERITA HARIAN 17/8/2010-


AHMAD bertanyakan sesuatu kepada Nurul Dahyatul Fazlinda yang parah di muka akibat disimbah asid oleh bapanya sambil diperhatikan oleh Che Ku Zaimah di HSNZ, semalam.
Menteri Besar Terengganu sebak lihat keadaan anak mangsa

KUALA TERENGGANU: “Saya tidak akan maafkan perbuatannya sampai bila-bila. Apa yang dilakukannya kepada saya dan anak terlalu kejam. Malah, Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, juga memberitahu dia tidak sayangkan ayahnya lagi,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, yang menjadi mangsa simbahan asid oleh suaminya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, awal pagi kelmarin.

Katanya, kejadian malang itu juga menyebabkan anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, yang turut cedera di muka, sering menangis dan merengek kerana tidak dapat menyusu badan berikutan takut melihat keadaan diri dan wajahnya yang berubah akibat cedera disimbah cuka getah, sehingga anak kecil itu hanya diberi minum susu soya kotak.

Che Ku Zaimah yang menangis melihat keadaan anak keduanya, Nurul Dahyatul Fazlinda yang cedera terukterkena simbahan asid, kini sudah boleh bercakap, tetapi keadaannya masih serius dengan muka membengkak dan tidak berupaya bercakap dengan baik.

Dia yang bekerja menjual sayur di pasar di Kuala Berang untuk menanggung keluarga, berkata suaminya sebelum ini seorang juruselam di Pelabuhan Klang, tetapi selepas terbabit kemalangan kira-kira setahun lalu di kampungnya di Hulu Terengganu, dia tidak lagi bekerja selepas itu.

“Saya mengetahui suami menagih dadah sebelum mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu. Sebenarnya, Nurul Dahyatul Fazlinda sangat rapat dengan ayahnya sejak kecil, tetapi hubungan itu renggang sejak suami tidak bekerja.

“Kejadian ini menambah kekuatan saya untuk meneruskan perceraian kami. Saya tidak boleh menerimanya lagi kerana tragedi ini paling memilukan, apatah lagi ia turut menyebabkan anak saya gelap masa depan,” katanya. 
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang meluangkan bersama isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud menziarah mangsa di Wad Rawatan Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam menangis melihat keadaan mangsa.

nota noti : kesian bdk tu.. sure trauma kan! nape la smpai ati sgt nk simbah asid tu kt ank2.. 
mcm2 kejadian! >_<

Comments

  1. scary la berita2 gini. manusia tade hati & perasaan da skang. sedih.

    ReplyDelete
  2. Memang amat kejam la.. haish.. xtw la blsn di akhirat 6t cmne.. hmm

    ReplyDelete
  3. farihah/aida> btol kan.. sian la kt bdk2 tu. bkn taw ape.. dh sesak sgt la tu nk bli dadah.. mintak jauhkan sume nih dr kuarge kite.. ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen jee... jgn takot. ahakzzz

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KOLAJ ANJURAN PERPUSTAKAAN JPS 24/3/2017

SUMPAH CINTAKU - ASFAN SHAH

SALAM 1 MAC 2017