SAHABAT

18 August 2010

☛ Suami isteri terkejut bayi perempuan depan rumah ✤ BERITA HARIAN 18/8/2010


BAYI perempuan yang ditemui dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Bukit Mertajam, semalam.

Diletak atas meja dalam keadaan berbalut kain lampin 

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang baru pulang daripada solat tarawih terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan berusia kira-kira seminggu 
ditinggalkan di depan rumahnya di Bukit Minyak di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 11 malam itu, pasangan berkenaan menemui bayi seberat 1.4 kilogram itu diletakkan di atas meja di luar rumahnya dalam keadaan berbalut kain lampin.

Laporan penemuan bayi itu bagaimanapun hanya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT), Bandar Perda, di sini, semalam. 

Ini berikutan pasangan itu yang tidak mempunyai anak setelah berkahwin 10 tahun lalu, mengambil keputusan untuk menjaga bayi terbabit untuk dijadikan anak angkat. 

Bagaimanapun, rakannya menasihatkan suami pasangan itu yang berusia 30-an supaya menyerahkan bayi berkenaan kepada polis untuk siasatan lanjut. 
Berikutan itu, lelaki pekerja industri itu tampil ke IPD SPT untuk membuat laporan dan menyerahkan bayi berkenaan kepada pihak polis kira-kira jam 11 pagi, semalam. 

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi perempuan dengan ketinggian 43 sentimeter dan berkulit sawa matang, ditemui dalam keadaan sihat tetapi belum dipastikan keturunannya. 

Katanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut. 

"Bayi itu ditemui dua hari lalu dan pengadu berhasrat menjadikannya sebagai anak angkat. Namun atas nasihat rakan, pengadu tampil ke IPD pagi tadi (semalam) untuk membuat laporan kerana perlu mengikut prosedur jika mahu mengambil anak angkat," katanya. 

Azman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengesan ibu dan suspek yang membuang bayi berkenaan. 

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Asisten Superintendan S Subramaniam di 019-6351119. 

nota noti : ade lg yg buang2 bb nih.. tp, yg ni buang umah org lak.. mcm2 hal la. x takot hukum bunuh kot. tp, yg nih, kalo dpt jumpe makpak pon x kene hukum bunoh kot.. sbb bb dijumpai masih hidup. 
(¬_¬)


No comments:

Post a Comment

Komen jee... jgn takot. ahakzzz