SAHABAT

15 September 2010

LELAKI TINGGAL BAYI DALAM KOTAK - MYMETRO 15/9/2010 -

PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam sebuah kotak di hadapan sebuah rumah anak yatim di Sungai Way, di sini, kelmarin.
Bayi berkenaan ditemui sukarelawan rumah anak yatim berkenaan selepas melihat seorang lelaki keluar dari kawasan rumah berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum menaiki sebuah kereta kira-kira jam 5 petang. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata bayi berkenaan dibalut dengan tuala berwarna merah jambu dan kesan darah masih melekat di tubuhnya dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditinggalkan.
“Petugas di rumah anak yatim mendakwa melihat seorang lelaki meninggalkan kotak berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa dan dia kemudiannya terus melakukan pemeriksaan sebelum mendapati ada bayi perempuan di dalamnya,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, polis yang menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kemudian mengambil bayi berkenaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

nota noti : org sebok beraye, die sebok lak buang bayi merate2. >_<

Glitter Words

1 comment:

  1. Tak habis2 lagi dgn kes bayi... yang xde anak nak anak... yang de anak,buang merata2.. haish~

    ReplyDelete

Komen jee... jgn takot. ahakzzz