SAHABAT

06 September 2010

PETUA : MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Bau ketiak memang tidak menyenangkan pada diri sendiri serta orang sekeliling. Keadaan ini sungguh memalukan dan menimbulkan rasa rendah diri serta membataskan pergaulan.


Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa petua yang dapat di amalkan. Di antaranya ialah:
  • Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.
  • Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
  • Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
  • Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
  • Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
  • Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.

--------------------------------------------------------------------------------------------



gune rexona pon boley..

hehe


Glitter Words

5 comments:

  1. hahaha.. yang penting jangan tinggalkan rumput.. potong rumput kan?


    New Entry ProfHariz
    Pengumuman! Raya Jatuh Pada Hari Khamis

    ReplyDelete
  2. ada petua yg gunakan limau purut...tapi mmg betol..jgn tinggalkan rumput. dan rajin2 lah scrub badan dgn loofah..hehe

    ReplyDelete
  3. bukan takat rumput..malah lalang pon ado~! hahaha

    ReplyDelete
  4. folow> ye, jgn tinggal rumpot tumbuh melata
    kdiya> muakakakak.. cantas kak cantas!

    ReplyDelete

Komen jee... jgn takot. ahakzzz