SAHABAT

05 October 2010

MARI MENARI BERSAMA (BERITA MURAI.COM 5/10/2010)

Tentera, Pemandu Lori, Guru Golf Sertai Mari Menari



KUALA LUMPUR, 5 OKT 2010: Jika program tarian sebelum ini iaitu Sehati Berdansa disertai oleh selebriti-selebriti ternama tanah air, kini sebuah lagi program baru tarian, Mari Menari pula bakal disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza.

Seramai dua belas pasangan Mari Menari yang terdiri daripada tentera, pemandu lori, guru golf, juru gambar dan beberapa pasangan lain yang mempunyai latar belakang yang pelbagai telah pun diumumkan di majlis sidang akhbar yang diadakan di Restoran 7atenine, Ascott Kuala Lumpur petang semalam.

Antara dua belas pasangan itu, sepuluh daripadanya merupakan pasangan suami isteri iaitu; pasangan Ariz, pasangan Dita, pasangan Fahmi, pasangan Masri, pasangan Razif, pasangan Rosdi, pasangan Shai, pasangan Yat, pasangan Zahrin, pasangan Zul manakala dua lagi pasangan terdiri dari pasangan anak beranak; pasangan Jaya serta pasangan adik beradik; pasangan Nita.

Bagi pasangan anak-beranak dan juga satu-satunya yang berbangsa India, J Retnam Karuppiah , 60, seorang guru golf serta anaknya Subashini, 34, seorang pelakon teater yang ditemui memberitahu peluang menyertai Mari Menari ini pasti dapat mengukir kenangan yang tidak dapat dilupakan.

"Pada mulanya saya mahu suami atau adik lelaki saya masuk bersama saya dalam program ini, tetapi disebabkan mereka ada komitmen lain, mereka tidak dapat sertai bersama saya.
"Namun disebabkan minat yang mendalam terhadap tarian saya masih tidak berputus asa dan telah membuat keputusan secara tiba-tiba untuk mengajak ayah untuk turut bersama saya dalam program ini.
"Apa yang mengejutkan, ayah saya terus bersetuju dan saya rasa gembira sangat kerana dengan program inin saya dapat mencipta memori terindah bersama bapa tersayang," kata Subashini.
Berbeza pula dengan pasangan suami isteri Shairulfazli Sharif dan isterinya Rafidah Amit, menurut Shairulfazli walaupun mereka bekerja di dalam butik perkahwinan yang diusahakan bersama, namun sejak dia berkahwin hingga sekarang mereka tidak pernah membincangkan topik lain selain perniagaannya.
"Saya rasa program ini sangat bagus dan menarik buat saya dan isteri. Jika sebelum ini kami sering sibuk membincangkan mengenai perniagaan kami tapi kini kami boleh bercakap mengenai perkara lain atau menumpukan kepada sesuatu yang baru iaitu tarian," katanya yang juga merupakan jurugambar di butik perkahwinannya.

Bagi Fariz Raeza Mohd Nizam pula, kerjayanya sebagai tentera tidak menghalangnya untuk turut bersama isterinya, Siti Rayikah Zolkifli ke lantai tari.
Manakala bagi Ed Rosdi Roslee yang bekerja sebagai pemandu kontena dan lori, pertandingan sebegini telah memberi peluang kepada dirinya dan isterinya, Siti Musliha Zakaria untuk meluangkan lebih masa bertanding kerana sebelum ini kerjanya tidak tentu masa.
Biarpun hampir kesemua dua belas pasangan itu tidak mempunyai latar belakang sebagai penari, namun ternyata kesemuanya tidak kekok dalam mengatur tarian mereka ketika diberi peluang mengatur langkah buat pertama kalinya di hadapan beberapa media dan tetamu dalam sesi pengenalan pada petang itu.
Rata-rata pasangan yang ditemui mengakui melalui program Mari Menari ini mereka dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan serta meluangkan lebih banyak masa bersama anak, adik, abang, suami serta isteri masing-masing.

Selain dapat bersama empat orang penasihat yang terdiri daripada selebiriti tempatan seperti Erra Fazira, Lisdawati, Zulhuzaimy dan Ferhad, para peserta juga akan dibimbing oleh dua belas jurureka tari profesional yang terpilih seperti Bayu, Papa J, Simon, Belalang dan ramai lagi.
Bagi setiap persembahan, pasangan akan diadili dengan system pemarkahan 50% daripada juri dan 50% dari undian penonton. Pasangan yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.
Mari Menari akan mula menemui penonton dengan episod pengenalan Mari Menari yang akan bersiaran buat pertama kali pada 16 dan 17 Oktober ini, jam 9 malam.

Mari Menari juga memaparkan program mingguan seperti Langkah Mari Menari yang menyiarkan sorotan penting harian pasangan, sesi latihan sebalik tabir Mari Menari dan malam Penentuan Mari Menari yang meyiarkan keputusan akan disiarkan secara lagsung di kaca televisyen.

nota noti : yehhhaaa.... sy suke program mcm nih. mcm sehati berdansa je kan. cume bezanye, yg menyertai bukan artis. 

Glitter Words

2 comments:

Komen jee... jgn takot. ahakzzz