SAHABAT

10 June 2011

HARGAILAH ISTERI ANDA



Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri  ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tidak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti sesuka hati, tetapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tidak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,

Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut hedak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkannya terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tidak dapat masuk Syurga tetapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..


Bila dia melihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,

jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tidak akan dapat pahala tambahan ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah. Segala dosa-dosa anak isteri yang tidak dididik, dia akan tanggung dan ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.



" Wahai Tuhan...

ku tak layak ke syurgamu ...
namun tidak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...

jadikanlah kami hamba hambamu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:

"Laa ilaaha illallah!" 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Komen jee... jgn takot. ahakzzz