BH ONLINE : Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelar | 17/10/2011

assalamualaikum w.b.t







BETONG: Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di sini, hari ini. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Hendry Nyuhai, berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.
"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya di sini.
Beliau berkata, mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan. 

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian. 

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA 












✿✿ watie abd rahman ✿✿

Comments

Popular posts from this blog

PERTANDINGAN KOLAJ ANJURAN PERPUSTAKAAN JPS 24/3/2017

HAPPY 13TH ANNIVERSARY