SAHABAT

31 July 2013

Kenapa Baby Minum Susu Ibu Selalu Bangun Malam?

assalamualaikum wbt
salam sejahtera






Ramai ibu-ibu baru mengeluh sebab baby kerap bangun malam terutama sekali masa pantang. Ibu-ibu ni rasa penat, mengantuk & stress sebab tak cukup tidur. Kawan-kawan yang bagi anak dorang susu formula pula cakap anak dorang tak bangun malam, tidur straight sampai pagi. Ibu-ibu yang breastfeed ni mula lah rasa nak give up dan bagi susu formula je.

Anda kena faham kenapa baby minum susu ibu kerap bangun malam. Sebabnya susu ibu sangat mudah dihadam. Selalunya setiap 2 jam baby akan bangun minum susu. Bagi yang tidak tahu mesti ingat baby sentiasa lapar sebab susu tak cukup, sebab tu asyik nak menyusu. Bukan sebab susu tak cukup.

Sebab susu ibu sangat mudah dihadam berbanding dengan susu formula. Jadi janganlah ingat susu anda tak cukup. Susu anda sentiasa cukup untuk baby anda. Dan janganlah mengeluh kalau asyik kena bangun malam. Besar ganjarannya untuk ibu-ibu yang bersengkang mata untuk bagi anak susu malam-malam. Jadi jom kita kumpul saham akhirat dengan bersengkang mata di malam hari. Lagi-lagi sekarang bulan Ramadan yee..




sumber dari FB




No comments:

Post a Comment

Komen jee... jgn takot. ahakzzz