26 April 2011

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT



Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:

1.      Keluarga
2.      Hartanya
3.      Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;

1.      Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2.      Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
 
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
•    Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
•    Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
•    Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
•    Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu." 
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
•    Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
•    Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
•    Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
•    Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
  Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
•    Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
•    Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
•    Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
•    Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
•    Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
•    Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
•    Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
•    Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
  Ketika Mayat Siap Disholatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
•    Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
•    Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
•    Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
  Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
•    Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
•    Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
•    Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
•    Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
  Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
•    Kini Kau Tinggal Seorang Diri
•    Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
•    Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
•    Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
•    Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
•    Hari Ini,....
•    Akan Kutunjukan Kepadamu
•    Kasih Sayang-Ku
•    Yang Akan Takjub Seisi Alam
•    Aku Akan Menyayangimu
•    Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
  Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
•    Kembalilah Kepada Tuhanmu
•    Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
•    Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
•    Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku" 



Glitter Words

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar



sebagai renungan dan PEDOMAN

Gambaran Hari Qiamat



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ - Pemimpin yang adil.



ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.





✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.







✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.





Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



Glitter Words

25 April 2011

GAJI??? YEAYYYY!!!



inilah saat2 yg dinanti2kan

duit! duit! duit! gaji daaaa...

gaji udah masok sehhh!

ape lagi?

jom tenet banking jom!

^_^v

Glitter Words

23 April 2011

AKTIVITI PESTA BUKU ANTARABANGSA KARANGKRAF 2011




Aktiviti Pesta Buku Antarabangsa Karangkraf 2011
Tarikh : 24 April 2011
Hari : Ahad

Masa :10 am - 11 am
Bersama Majalah Apartment & Eric Leong

Masa : 11 am - 12 pm
Bersama Majalah Pa&Ma - Pelancaran Buku 'Berpantang Secara Alami'

Masa : 12 pm - 1 pm
Bersama Buku Prima - Mari Bercerita bersama Dr Zakiah

Masa : 1 pm - 2 pm
Bersama Karya Bestari - Mantap Mengaji

Masa : 2 pm - 3 pm
Bersama Majalah Nur - Style Hijab (Demo dan Pertandingan Tudung Ekspress)

Masa : 3 pm - 4 pm
Bersama Buku Prima & Zulfadli (Belajar Bersolek)

Masa : 4 pm - 5 pm
Bersama Majalah Remaja & Dewi Remaja (Neelofa)

Masa : 5 pm - 6 pm
Bersama Alaf21 - Pelancaran Novel 10 Anis

marilah beramai2 meramaikan dirik ke sana
^_^v

Glitter Words

Pesta Buku Antarabangsa 2011




Gambar ikhsan fesbuk PA & MA


gile ramai kan!
adeh
tetibe MIGRAIN lak sy kan
haha

mmg nk g nih
tp
xmo byk ank2 arr
mybe g ber 2 je ngn TUAN SYED
time kije

ACI TAK??

:P

sile jgn gtau BOSS sy ek

Glitter Words

WE ARE COUSINS



nak share
pic2 ank2 sy
ngn kazen dorg
shameel


shameel adelah antara
kazen nawnaj
yg terrrr rapat



like dis pic
mcm ank2 sy ade 3 org je
^_^


nipon same
cute kan dorg?
mak sy kate xelok amik gmbo ber 3
tp
sayang je nak buang pic2 nih
huhu


ibu/achik arap korg
xbpisah ye bile dh beso
melainkan ajal je yg memisahkan korg
biar rapat mcm isi ngn kuku

abg, abg kate nk adik lelaki kan
shameel tu adik lelaki abg la

^_^V

Glitter Words

SUKE LA SGT KANNN...



die nih mmg suke la sgt
belasah baju
belasah suar
ibu die
mementang same saiz
eh bukan
mementang die muat 



tgk tu
nmpak sgt kesukaan beliau kan
memakai suar boxer ibu beliau

eh!
jgn la slh sangke
boxer nih
ibu beliau pkai
di kala
PANAS
muekekeke
pndai2 pikir senirik ek

:P


huh!

Glitter Words



22 April 2011

DEMAM












beginila die
kalo demam
wat pangai jek
org soh tido kt bwh
siap bentang TOTO 

die p naik atas meja lak
nyusu atas tuh
sukati ko la dek
JNJI KO BAHGIE SNTOSA

:P

Glitter Words

MEMBELI SAMBIL MENDERMA


ENTRY COPY PASTE DR BLOG AI
MARI MEMBELI SAMBIL BDERMA

Bibu nak mintak jasa baik blogger dan kawan supaya mempromosikan blog dan juga membeli barang2 yg dijual dlm blog SYAHIDAH ISHAKBeliau adalah kawan sekelas bibu mase tingkatan 4 dulu. Baru2 ni kami bertemu di FB dan rupenya beliau sedang sakit dan memerlukan dana untuk pembedahan kali ke 2 barah otak. Harap2 bloggers dpt mewar2kan blog dan juga membeli atau jika ingin terus membuat sumbangan dari segi $$ boleh terus berhubung dengan beliau di talian 017-3378317.

Glitter Words

THE MAKING OF HANTU KAK LIMAH


































last2
muke die gak yg cun
muke ibu??


mcm hntu kak limah dh
xyah tengok
nntik malam ngigau
muekekeke

Glitter Words

comel tak sayep???





adik
ko pkai ape pon 
adelah sgt comel
haha!

^_^V

Glitter Words

15 April 2011

UNTUK KAMU


Sebhgian org merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya apabila dpt menyakitkan hati org lain sama ada dgn kata2, tulisan, sindiran dan jelingan. Bg golongan ini semcm satu hobi melemparkan kata2 yg diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dlm diri, fahamilah hati individu tu SGT KARAT dgn dosa terkumpul bertahun2. Tanpa segera diubah, ia bakal menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya.

^_^V



 
Glitter Words

THROWBACK SANGAT NIH...

assalamualaikum wbt salam sejahtera alololoooo.. omeynya kedua duanya nih lama bebenau usia gambo...