Oleh Betty Subaryati ISHAK menunjukkan tempat anaknya, Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil) lemas di dalam kereta di Tumpat, semalam. Bapa sangka anak sudah keluar MACHANG: Seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak mengikuti bapanya, Ketua Pengawal Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu, Ishak Salleh, 50, yang diamanahkan untuk mengusung jenazah. Ishak berkata, dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengusung jenazah, beliau tidak sedar tertinggal anaknya dalam kereta kerana menyangka Nur Izyan Natasya sudah keluar mengikuti saudaranya. “Saya sangka, dia sudah naik ke rumah sepupu yang berdekatan dengan kereta. “Ketika di tanah perkuburan, tergerak di hati ingin tahu di mana anak saya berada. Saya menyerahkan kunci kepada s...