11/6/2026 : NAWFAL & NAJLAA
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Lama sangat tak BLOGGING. hahaha.. dulu-dulu rajin sungguh bercerita setiap hal
kejap ada muncul kejap hilang
2026 muncul semula
secebis kisah untuk dikongsi bersama..
abg nopal : dari Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau ke Ijazah Kejuruteraan Awam dengan Kepujian, UMPSA Gambang
najlaa : Diploma Pengurusan Acara, Politeknik Merlimau
abg nopal dan sem 2 di UMPSA. akan exam final hujung Jun 2026 dan abis Julai 2026.
najlaa lah akan masuk utk sem 3 pulak hujung Jun 2026 nantik.
terasa cpt je masa berlalu.
Koleksi DOA untuk simpanan dan rujukan kemudian utk IBU
Doa Keteguhan Iman & Akhlak Melindungi Diri
Sangat penting bagi anak yang jauh agar mereka sentiasa menjaga solat dan maruah diri.
رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَÙ…ِÙ†ْ ذُرِّÙŠَّتِÙŠ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاءِ
- Sebutan: Rabbi-j'alni muqimas-salati wa min zurriyyati, Rabbana wa taqabbal du'a.
- Maksud: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim: 40)
Doa Mohon Kefahaman & Kelancaran
Maksudnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada anakku kefahaman dalam agama (ilmu) dan ajarkannya takwil (tafsiran al-Quran/ilmu)." [1]
Allahumma faqqih-hu fid-din wa 'allimhu at-ta'wil
Doa Mohon Dipermudahkan Urusan
Maksudnya: "Ya Allah, tidak ada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah. Dan Engkau yang menjadikan kesukaran itu mudah, jika Engkau kehendaki."
Doa Kejayaan & Ketenangan
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan (petunjuk) bagi urusan kami dengan jalan yang lurus."
jauh di lubuk hati ibu ni, ibu kagum dengan abg nopal dan kakak najlaa. kedua-dua nya struggle utk dptkan gpa yg bagus tiap semester. mcm abg nopal, dia akan balik KL pon bila ada cuti panjang. xde dah kerap balik mcm masa kt Merlimau dlu. tau2 je dia smpai umah je. seminggu sekali pon smpai dia kat gombak tu. hahaha
tp, bila di gambang.. nampak yg dia tahan je diri nak balik KL kerap. dia xnak susahkan ibu abah la tu. xpe abg, sem 3 nanti bawak motor ke kampus ye. untuk keperluan dan kemudahan abg jugak tu.
najlaa pulak, dia pass baton ngn abg nopal. dia yg balik tetiap minggu. hahaha... budak tu, tetiap minggu homesick. nape tah. tp, kalo kt umah dia mmbutaaaa je kejanya. agaknya xde chance nk tido kot kat sana. sokmo byk aktiviti.
semoga kedua-duanya mncapai kejayaan yg gemilang di hujung nya. meraih diploma dan ijazah yang dihajati. kerja keras anak- anak IBU!!!
::rizawati abd rahman::

Comments
Post a Comment
Fell free to comment anything..