09 January 2012

BERITA TERKINI UNTUK PENJAWAT AWAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ






BAYARAN GAJI JANUARI BERDASARKAN SSM


KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). 

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.
"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. - BERNAMA 











❀❀ واتي عبد الرحمن ❀❀

4 comments:

  1. pay slip jan 2012 ai dah keluar, walopun gaji bolum masuk...kat payslip tu tengok gaji dah ikut SBPA...

    ReplyDelete
  2. sbpa nie takde maknenyer..sedih aku, bukan makin naik gaji, makin turun lak, yg junior2 lak naiknya..camno tuh?

    ReplyDelete
  3. elise> lam payslip dh ikot SBPA ek?? nk tgk gak lahhh... :)

    ReplyDelete
  4. yatik> tu la die.. kesenioran tu ilang dgn SBPA nih. felik gak aku cane dorg cipta SBPA tu.

    ReplyDelete

Fell free to comment anything..

SABTU, 14/7/2018 : JAMUAN RAYA DAN AMBIK REPORT KAD ABAM

assalamualaikum wbt salam sejahtera perkenalkan.. ni anak sulong sis form 2 suda tp, tinggi dan beso ibu nampak cam...