NUKILAN BUAT ANAK SULUNG

 Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
















syed muhd nawfal 'azrique bin syed mohd nasir

ibu bukanlah ibu yang sempurna untuk abang. tapi abang adalah anak lelaki sulung yang sempurna untuk ibu. dari kecik, ibu tak pernah tanya apa yang abang suka. ibu tak pernah tanya pendapat abang.

tapi, abang tak pernah lawan apa je yang ibu cakap. abang tak pernah nafi pendapat ibu. abang tetap akan ikut apa je ibu sarankan

zaman kekecik abang, abang kena bantu ibu tgkkan adik2. jagakan adik2. kadang tu abang kena ponteng sekolah demi mnjaga adik2 yang sakit semata2 sbb ibu tak boleh cuti. abang xpernah bantah. abang tak pernah lawan balik. xde pon abang berhujah balas pada ibu kalo abang tak setuju atau tak boleh buat apa yang ibu minta

bila adik2 dah membesar, ibu beralih semula perhatian dan pelukan ibu kepada abang. ibu mendengar apa kemushkilan abang. ibu selami apa kegemaran dan apa isi hati abang. ibu lebih mendengar pendapat abang. sebelum apa2 keputusan dibuat, ibu lebih suka mendengar apa pandangan dan pendapat abang. apa kehendak abang, ibu cuba penuhi dan ikuti. berbanding dulu, ibu kena dulukan keperluan adik2 dan pendam dahulu kehendak abang. tp, masih abang dapat apa jua yg abang suka. walau xsemua. untungnya dulu, masa abang kecik arwah atuk2 masih ada. jd, mmg abang dimanja dan dipenuhi pmintaan oleh arwah atuk2.  

abang anak yang baik. mendengar kata. leader untuk adik2. adik2 lebih rapat dgn abang dan mendengar kata abang. dalam gelak tawa abang, abang keras dan firm dengan adik2. jadi, dalam gurau dan ketawa dorg tetap tau batas dan tmpat dorang.








ibu bangga dengan abang
ibu kagum dengan abang
abang buktikan sesungguhnya pada ibu
yang abang bukan saje usaha mncapai citacita
tapi sbg contoh utk adik2 ikut

selamanya kasih dan sayang ibu untuk abang
abang yang mula2 bertakhta di hati ibu
semoga cita2 abang menjadi jurutera tcapai
dan gapailah lebih tinggi lagi
puaskan hati dengan pncapaian sndiri

gapai impian dunia dan jgn lupa gapai juga akhirat syurga hakiki




sayang semuanya
sampai ke syurga

:: rizawati abd rahman::




Comments

Popular posts from this blog

TIDAK ADA MAK YANG SEMPURNA