Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira. Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya. Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya. Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu. Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga. Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya. :: Riza.Wati ::
Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera syed muhd nawfal 'azrique bin syed mohd nasir ibu bukanlah ibu yang sempurna untuk abang. tapi abang adalah anak lelaki sulung yang sempurna untuk ibu. dari kecik, ibu tak pernah tanya apa yang abang suka. ibu tak pernah tanya pendapat abang. tapi, abang tak pernah lawan apa je yang ibu cakap. abang tak pernah nafi pendapat ibu. abang tetap akan ikut apa je ibu sarankan zaman kekecik abang, abang kena bantu ibu tgkkan adik2. jagakan adik2. kadang tu abang kena ponteng sekolah demi mnjaga adik2 yang sakit semata2 sbb ibu tak boleh cuti. abang xpernah bantah. abang tak pernah lawan balik. xde pon abang berhujah balas pada ibu kalo abang tak setuju atau tak boleh buat apa yang ibu minta bila adik2 dah membesar, ibu beralih semula perhatian dan pelukan ibu kepada abang. ibu mendengar apa kemushkilan abang. ibu selami apa kegemaran dan apa isi hati abang. ibu lebih mendengar pendapat abang. sebelum apa2 keputusan dibuat, ibu lebih suka mendengar apa...
sangattttttttttttt comel gambar neh tau!
ReplyDeletelike like like!!!
kan! aku pong like like like jugekkkk...
ReplyDelete