Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira. Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya. Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya. Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu. Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga. Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya. :: Riza.Wati ::
Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera Lama sangat tak BLOGGING. hahaha.. dulu-dulu rajin sungguh bercerita setiap hal kejap ada muncul kejap hilang 2026 muncul semula secebis kisah untuk dikongsi bersama.. abg nopal : dari Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau ke Ijazah Kejuruteraan Awam dengan Kepujian, UMPSA Gambang najlaa : Diploma Pengurusan Acara, Politeknik Merlimau abg nopal dan sem 2 di UMPSA. akan exam final hujung Jun 2026 dan abis Julai 2026. najlaa lah akan masuk utk sem 3 pulak hujung Jun 2026 nantik. terasa cpt je masa berlalu. Koleksi DOA untuk simpanan dan rujukan kemudian utk IBU Doa Keteguhan Iman & Akhlak Melindungi Diri Sangat penting bagi anak yang jauh agar mereka se ntiasa menjaga solat dan maruah diri. رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Sebutan: Rabbi-j'alni muqimas-salati wa min zurriyyati, Rabbana wa taqabbal du'a. Maksud: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembah...
Comments
Post a Comment
Fell free to comment anything..